Dakwa Mahabbah kepada Allah dan Rasulullah
1) Jika mendakwa cinta Allah dan Rasulullah tetapi hatinya tidak sampai zauk itu maka ia munafik
2) Jika mendakwa cinta Allah dan Rasulullah dengan zauk yang sebenar maka bersiap sedialah dengan dugaan demi dugaan.
Antara adab kehambaan tidak mengungkap dan mendakwa cinta kepada Allah dan Rasulullah dengan lidahnya walau hatinya sampai kepada zauk mahabbah.
Siapa kita nak ungkapkan perkataan cinta dengan lidah kita yang penuh dengan maksiat mengata orang, fitnah sana sini, mengadu domba, memaki hamun dan sebagainya kepada Zat Yang Maha Agung dan kepada kekasihNya.
Oleh kerana itu Imam Hassan Al-Basri berpesan jika ditanya orang adakah kamu cinta Allah dan Rasulullah maka 'DIAM'lah kamu kerana jika kamu jawab 'YA' maka kamu munafik, jika kamu jawab 'TIDAK' maka kamu kafir.
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞
وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الْحَقِّ
بِالحَقِّ ۞
وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ
۞
وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ
الْعَظِيمِ ۩
Tags
Rasulullah