Hobi Berselawat 20,000 Kali Setiap Hari

Hobi Berselawat 20,000 Kali Setiap Hari




Kisah keberkatan selawat bila di amalkan, sangat ajaib kepada si pengamalnya.


Kisah kali ini, dalam video ini, hasil chat antara admin dengan ahli Group Whatsapp Selawat yang admin kendalikan. Seorang Muslimah, pengalamannya diberi sumbangan RM1,000 tanpa di sangka-sangka pada bulan Ramadhan.


Pengamal ini tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana seorang ibu tunggal, sedang sakit, hanya mampu duduk dan terbaring di katil sahaja.


Kepada sesiapa yang nak bantu kakak ini, boleh lah hubungi nya di talian :


011-11309879


No Akaun Bank Islamnya ada di paparkan dalam video.


Insya Allah, sama-sama bantu. Orang yang rajin berselawat ini, terutama sekali yang baca 1,000 kali ke atas, doanya sangat mustajab !!


Anda faham maksud saya???







5 Keistimewaan Berselawat, Datangkan Kebaikan hingga Raih Ampunan


1. Menghapus Sepuluh Kesalahan
Nabi Muhammad ï·º bersabda, "Barang siapa mengucapkan selawat atasku satu kali, maka Allah memberikan selawat kepadanya sepuluh kali." (HR. Muslim dari Abdullah bin Amr bin Ash ra.)


Nabi ï·º juga bersabda, "Siapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali. Dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahannya serta meninggikannya sepuluh derajat." (HR. Ahmad, Nasa'i, dan Hakim)


2. Memperoleh Syafa'at
Nabi Muhammad ï·º bersabda, "Barang siapa berselawat kepada ku pada waktu pagi 10 kali dan pada waktu petang 10 kali, maka ia akan memperolehi syafa'at (pertolongan)-ku pada hari kiamat kelak." (HR. Thabrani dari Abu Darda' ra.)


Yang dimaksud "pada waktu pagi dan pada waktu petang itu" tak hanya dalam sehari itu saja, melainkan usahakan setiap hari seumur hidup kita.


3. Mendatangkan Seratus Kebaikan
Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari 100 kali, maka Allah mendatangkan baginya 100 derajat. 70 untuk akhiratnya, dan yang 30 untuk dunianya." (HR. Ibnu Najjar dari Jabir ra.)


Membaca selawat kepada Nabi Muhammad ï·º sebanyak 100 kali tersebut mendatangkan 100 kebaikan. Tujuh puluh bagian dari kebaikan itu akan kita nikmati di akhirat kelak, di antaranya memperoleh pertolongan dari Nabi Muhammad ï·º.

30 bahagiannya kita nikmati langsung di dunia ini, seperti dimudahkan untuk melakukan kebaikan, dapat kematian dengan selamat, dan terhindar dari hal-hal yang tidak kita sukai.


4. Masuk Syurga
Nabi Muhammad ï·º bersabda, "Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari 1,000 kali, maka ia tak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga." (HR. Abusy Syekh dari Anas ra.). Yang dimaksud dengan "ia tak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga" adalah sebelum meninggal, orang tersebut memperoleh pemberitahuan dari malaikat bahawa kelak ia masuk syurga.


5. Mendapat Ampunan
Menulis selawat juga bisa memberi kita pahala. Nabi Muhammad ï·º bersabda, "Barang siapa menulis selawat kepadaku di buku, maka para malaikat senantiasa memohonkan ampunan baginya selama namaku tetap ada dalam buku itu." (HR. Thabrani)


Bila selama ini kita jarang berselawat, maka di saat sekarang, sudah memasuki fasa akhir zaman, zaman fitnah sana sini, banyak kekacauan berlaku, virus melata, sihir berleluasa, masa inilah masa yang tepat untuk mulai membiasakan diri untuk lebih banyak berselawat. Semoga kita mendapatkan kebaikan dari setiap selawat yang kita ucapkan.


.

Admin

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama