Mari kita
bersyukur kepada Allah kerana sudah dikumpulkan oleh Allah di sini. Di tempat
ini kita mengingat Allah, mengingat Nabi Muhammad ï·º dan mengingat orang-orang
yang mencintai Allah dan Rasulullah Muhammad ï·º. Semoga di akhirat nanti kita juga
dikumpulkan bersama-sama Rasulullah Muhammad ï·º. Amin.
Kita
bermodalkan mencintai Rasulullah Muhammad ï·º. Dikisahkan ketika pada suatu hari
rombongan Rasulullah Muhammad ï·º sedang berjalan menuju ke suatu tempat
dihentikan oleh seseorang sahabat dan beliau bertanya kapan hari kiamat akan
tiba. Rasulullah Muhammad ï·º balik bertanya kepadanya apakah yang sudah
dia siapkan sehingga dia tanya kapan hari kiamat akan tiba? Sahabat tersebut
menjawab dia tidak mempersiapkan apa-apa kerana dia sadar bahawa ibadahnya
hanya sedikit, dia hanya yakin bahawa dia mencintai Allah dan Rasulullah
Muhammad ï·º. Rasulullah Muhammad ï·º menjawab bahawa sahabat itu akan bersama
yang dicintainya nanti di hari kiamat.
Sahabat-sahabat
yang lain yang bersama Rasulullah Muhammad ï·º bahagia sekali mendengar kabar tersebut
seakan-akan tidak ada kabar bahagia selain ini, sebab mereka tahu bahawa ibadah
mereka tidak mungkin sekhusyuk Rasulullah Muhammad ï·º, tidak mungkin seikhlas
Rasulullah Muhammad ï·º, tidak mungkin sesempurna Rasulullah Muhammad ï·º…mereka hanya mencintai Allah dan
Rasulullah Muhammad ï·º. Mereka bahagia bahawa dikatakan mereka akan bersama yang
mereka cintai.
Dikatakan
bahawa barang siapa mendatangi suatu tempat dimana tempat itu dibacakan maulid
(sejarah Rasulullah Muhammad ï·º), maka dia sebenarnya sedang mendatangi
ridho Allah. Kenapa? Kerana kita datang dengan berniatkan mencintai Rasulullah
Muhammad ï·º yang mana niat ini akan membawa kita melakukan hal-hal yang
cintai oleh Rasulullah Muhammad ï·º. Bukankah orang yang mencintai sesuatu
akan melakukan hal-hal yang disukai oleh yang kita cintai?
Barang
siapa dengan tulus mencintai Rasulullah Muhammad ï·º maka Rasulullah Muhammad ï·º akan mencintainya. Salah satu
bukti kecintaan kita kepada Rasulullah Muhammad ï·º adalah dengan berselawat
kepada Rasulullah Muhammad ï·º.
Nabi Adam
As dahulu kesepian ketika berada di Syurga, oleh Allah diciptakanlah ibu Hawa.
Sudah sifat kita tertarik kepada sesuatu yang indah-indah, begitu juga Nabi Adam
As yang tertarik kepada ibu Hawa. Ketika Nabi Adam As bertanya kepada Allah bahawa
Nabi Adam As menginginkan ibu Hawa, maka Allah melarang Nabi Adam As mendekati
ibu Hawa sebelum memberikan mahar. Lihatlah di Syurga yang semua keinginan kita
tinggal meminta pada Allah langsung dikabulkan saja Nabi Adam As masih disuruh
memberikan mahar untuk ibu Hawa! Nabi Adam As bertanya apa maharnya ya Allah?
Dijawab oleh Allah bahawa mahar yang harus diberikan adalah Selawat kepada
Rasulullah Muhammad ï·º. Kemudian Allah menjelaskan kepada Nabi Adam As siapa
Rasulullah Muhammad ï·º yang di akhirat dikenal dengan nama Ahmad sebenarnya.
Lihat ini
bukti bahawa betapa mulianya Selawat kepada Rasulullah Muhammad ï·º itu! Selawat bermanfaat untuk
banyak hal dunia dan akhirat. Alhabib Ali bin Muhammad bin Husein Alhabsyi
(penulis kitab Simthud Durrar) berkata bahawa ketika beliau sumpek maka beliau
membaca Selawat kepada Rasulullah Muhammad ï·º.