Fadhilat Besar Selawat Azimiah - Ustaz Hasbi Hassan

Fadhilat Besar Selawat Azimiah - Ustaz Hasbi Hassan


KEAGUNGAN SELAWAT AZIMIAH اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَسْاَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيْمِ ، اَلَّذِيْ مَلأَ اَرْكَانَ عَرْشِ اللهِ الْعَظِيْمِ ، وَقَامَتْ بِهِ عَوَالِمُ اللهِ الْعَظِيْمِ ، اَنْ تُصَلِّيَ عَلىَ مَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ ذِيْ الْقَدْرِ الْعَظِيْمِ ، وَعَلىَ آلِ نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيْمِ ، بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاتِ اللهِ الْعَظِيْمِ ، فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَماَ فِيْ عِلْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ ، صَلاَةً دَائِمَةً بِدَوَامِ اللهِ الْعَظِيْمِ ، تَعْظِيْماً لِحَقِّكَ يَامَوْلاَناَ ياَمُحَمَّدُ ياَ ذَالْخُلُقِ الْعَظِيْمِ ، وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلىَ آلِه مِثْلَ ذَلِكَ ، وَاجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَهُ كَماَجَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوْحِ وَالنَّفْسِ ، ظاَهِرًا وَباَطِناً ، يَقْظَةً وَمَناَماً ، وَاجْعَلْهُ ياَرَبِّ رَوْحاً لِذاَتِيْ مِنْ جَمِيْعِ الْوُجُوْهِ ، فِي الدُّنْياَ قَبْلَ اْلآخِرَةِ ياَعَظِيْمُ. DITERIMA DARIPADA RASULULLAH ﷺ TANPA PERANTARAAN Selawat Azimiah merupakan selawat yang dianugerahkan oleh Rasulullah ﷺ khusus kepada Empunya Tarekat Ahmadiah Idrisiah ; al Qutb al Nafis al Imam Sayyid Ahmad ibn Idris al Hasani r.a. KUNCI 7 PETALA LANGIT DAN BUMI. Perkara ini disebut oleh Rasulullah ﷺ kepada Imam Ahmad ibn Idris r.a: " Wahai Ahmad, sesungguhnya saya telah menganugerahkan kepada kamu kunci-kunci tujuh petala langit dan tujuh petala bumi; iaitu Zikir Tahlil Makhsus, Selawat Azimiah dan Istighfar Kabir. Sekali membacanya bersamaan dengan kadar dunia dan akhirat serta seisinya dengan berlipat kali ganda." PENGHULU SELAWAT Ayat Kursi merupakan penghulu bagi ayat-ayat al Quran. Manakala Selawat Azimiah merupakan penghulu bagi selawat-selawat yang lain. SEKALI MEMBACANYA MENYAMAI MEMBACA SEJUTA GANDAAN 20 KALI DALAIL KHAIRAT Disebutkan di dalam Ta’mir al Auqat, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda kepada sebahagian Ahli Arifin: “Sesungguhnya sekali membaca selawat ini (Selawat Azimiah) menyamai membaca Selawat Jazuliah (Dalail al Khairat) sebanyak 1,000,000 (sejuta) kali, kemudian digandakan sehingga 20 kali ganda.” KISAH PENGAMAL SELAWAT AZIMIAH Telah meninggal dunia seseorang di Makkah dan telah dikebumikan di perkuburan al-Ma‘la. Seorang ahli kasyaf telah melihat Malaikat Izrail alaihissalam turun ke bumi membawa hamparan-hamparan dari syurga dan pelita-pelita yang sangat indah. Kuburnya itu telah diluaskan sejauh mata memandang dan hamparan itu telah dihamparkan kepada jenazah itu lalu ia dihiasi dengan pelita yang indah. Malaikat Izrail berkata: “Setiap daripada kalian (ikhwan Tarekat Ahmadiah) akan mendapat nikmat seumpama ini dengan keberkatan Selawat Azimiah.” Diriwayatkan daripada Imam Ahmad ibn Idris r.a. bahawa beliau berkata: “Sesiapa yang menghafal Selawat Azimiah dalam dadanya, nescaya diluaskan kuburnya sejauh mata memandang, dihamparkan kuburnya dengan kain sutera halus dan tebal yang bersulam dari syurga dan dibukakan baginya pintu gerbang menuju ke syurga.” MENGANGKAT MARTABAT KEPADA YANG LEBIH TINGGI Syeikh Muhammad Zahir al-Ahmadi berkata: "Sesungguhnya Selawat Azimiah kepunyaan Sayyidi Ahmad ibn Idris r.a sekiranya dibaca sebanyak 12 kali dan dihadiahkan pahalanya kepada si mati yang pernah berbuat dosa (ketika hayatnya), maka Allah SWT akan mengangkatnya kepada suatu martabat yang tinggi dengan keberkatan selawat tersebut. Seterusnya, dia akan tergolong dalam kalangan orang-2 yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah SWT kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, siddiqin, syuhada’ dan solihin." DIKURNIAKAN GANJARAN BERTERUSAN SEHINGGA KIAMAT Imam Ahmad ibn Idris r.a. juga berkata: (Ahli kasyaf) berkata kepada beliau: “Sesungguhnya Selawat Azimiah berterusan ganjaran dan pahalanya di dunia dan akhirat, kerana dengan mengucapkan : (صلاة دآئمة بدوام الله العظيم) “Dengan selawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya Allah yang Maha Besar." https://youtu.be/khvXFpV49so KAIFIAT INI BERSAMAAN 1X MEMBACA SELAWAT AZIMIAH = 2,000 KALI اَللّهُمَّ اِنِّيْ أَسْاَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيْمِ الَّذِي مَلَأَ أَرْكانَ عَرْشِ اللهِ الْعَظِيْمِ وَقَاْمَتْ بِهِ عَوَاْلِمُ اللهِ الْعَظِيْمِ أَنْ تُصَلِّىَ عَلَى مَوْلانَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيْمِ وَعَلَى آلِ نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيْمِ بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاْتِ اللهِ الْعَظِيْمِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا فِيْ عِلْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ صَلاةً دَاْئِمَةً بِدَوَاْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ تَعْظِيْمًا لِحَقِّكَ يَا مَوْلانَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيْمِ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَاجْمَعْ بَيْنِىْ وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوْحِ وَالنَّفْسِ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا يَقَظَةً وَمَنَامًا وَاجْعَلْهُ يَارَبِّ رُوْحًا لِذَاْتِىْ مِنْ جَمِيْعِ الْوُجُوْهِ فِى الدُّنْيَا قَبْلَ الأخِرَةِ يَا عَظِيْمُ 11x . لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ . فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ. 7x وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ 7x . .



Admin

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama