Kenapa Kena Baca Banyak Selawat Pada Jumaat ?

Kenapa Kena Baca Banyak Selawat Pada Jumaat ? 


KALAM HABIB UMAR BIN HAFIDZ TENTANG RASULULLAH ï·º 1. Ciptakanlah rasa rindu kpd Nabi Muhammad kerana dgn perasaan rindu akan membuat amal seseorang menjadi tinggi darjatnya di sisi Allah. 2. Rasakan kenikmatan di dalam sanubari mu rasakan ketenangan di dalam jiwamu ketika kau menyebut namanya ya Rasulallah. 3. Hanya tinggal satu saja penyelamat umat akhir zaman iaitu bersolawat kepada Rasulullah. 4. Ketika kalian duduk termenung sendiri, tutuplah mata kalian dan bayangkan Sayyidina Muhammad ï·º ada di samping kalian, maka kebahagiaan menyelimuti kalian. 5. Jika kalian tahu betapa besarnya cinta dan kepedulian Nabi kepada kalian, maka kalian pasti akan merangkak ke Madinah hanya untuk memberi salam kepada Beliau. 6. Jika hati atau mata kalian menangis saat mendengar atau menyebut nama Baginda ï·º, maka bergembiralah, kerana hati kalian telah di isi bahkan dipenuhi mahabbah (cinta) kepadanya. 7. Wahai kamu semua yang mengharapkan pandangan Allah, bersolawatlah kepada Rasulullah, tidak mungkin pandangan Allah tidak sampai kepadamu kalau kamu bersolawat kepada Rasulullah. 8. Ketahuilah bahawa ruh Rasulullah senantiasa hadir dan berada di sisi para pecinta dan para perindunya... bila pun... di mana pun. 9. Barangsiapa mengistimewakan Rasulullah maka akan di istimewakan oleh Allah. 10. Walaupun kita tak pernah berjumpa dengan Rasulullah ï·º, akhlak kita tak sehebat Rasulullah ï·º. Tapi ada perasaan cinta dan kasih sayang kepada Rasulullah ï·º, Insya Allah, kita akan dibangkitkan bersama dan dekat dengan Baginda Rasulullah ï·º. 11. Sesungguhnya hati yg tidak rindu berjumpa dgn Nabi Muhammad ï·º. dan tidak diberi kekuatan untuk bersolawat kepada Nabi Muhammad ï·º, itu pasti hati yang terputus dari hakikat keimanan kepada Nabi Muhammad dan hakikat iman kepada Tuhannya Nabi Muhammad. 12. Orang yg menyebarkan solawat di antara umat manusia (mengingatkan orang untuk bersolawat kepada Rasulullah), ia akan menjadi orang yang paling dekat dengan Rasulullah. 13. Demi Allah tidak ada satu orang pun masuk ke syurganya Allah kecuali ia berada di bawah benderanya Nabi Muhammad ï·º. 14. Tidaklah seseorang mendapatkan pahala terkecuali kerana mengikuti ajaran Nabi ï·º. 15. Ketahuilah, keagungan kita, kemuliaan kita, kehormatan kita adalah dgn mengikuti Nabi Muhammad ï·º dengan berpegang teguh pada ajarannya dan mengikuti jejaknya. 16. Di akhir zaman ini, solawat merupakan guru mursyid. 17. Sesungguhnya solawat adalah ikatan dan sambungan dgn baginda Nabi ï·º. 18. Belum bisa dikatakan sukses seseorang jika belum duduk bersama Rasulullah kelak di syurganya Allah. 19. Tidak ada niat serta keinginan di dalam hati kita kepada apa-apa perkara pun di dunia ini, di alam barzakh mahupun alam akhirat, melainkan keinginan kita pada redha Allah Ta'ala dan tali hubungan kita dengan Rasulullah ï·º. 20. Muhammad ï·º - Allah meletakkan nama ini di 'Arasy, di sisi namaNya. Mengapa kalian tidak meletakkan nama ini di jantung hati kalian? Singkirkan semua nama yg ada di hati kalian, kecuali nama² yg berhubungan dgn dua nama ini, Allah dan Muhammad. 21. Ikatkan hati, badan, dan ruh kita kepada Nabi Muhammad ï·º, sesungguhnya kita tidak jauh dari Baginda ï·º. 22. Kenapa perlunya cinta dan sayang kepada baginda Rasulullah ï·º sampai menangis, kenapa sampai terlampau begitu? Kerana Rasulullah telah sujud lama sekali sambil menangis dan merayu Tuhan agar di ampuni segala kesalahan dan dosa yang kita perbuat. 23. Apabila engkau mengetahui satu kali pandangan Rasulullah kepada mu nescaya seumur hidup mu akan di penuhi kerinduan. 24. Bacaan yg di takuti syaitan adalah bacaan Solawat. Ketika seseorang bersolawat, Nur Muhammad terpancar dari dirinya dan membuat syaitan terbakar tak berdaya. Orang yg sering membaca solawat di pastikan berbudi pekerti baik dan hatinya lembut.
25. Betapa ramai seseorang yang hidup berpuluh-puluh tahun tanpa mengenal Baginda Nabi Muhammad ï·º, ketahuilah itulah hati-hati yang hampa dari keindahannya ï·º. 26. Tiap kali kau menjaga adab-adab Nabi Muhammad ï·º dalam diri mu, peluang untuk melihatnya makin terbuka. Kau sedari atau tidak ? 27. Kerugian yang paling besar adalah engkau tidak bersolawat kepada Nabi mu, sedangkan engkau mengetahui Dia lah yang memberi mu syafa'at di hari kiamat. 28. Solawatmu adalah zikirmu. Solawatmu adalah istighfarmu. Solawatmu adalah doamu. Solawatmu adalah kunci pembuka segala rahsia. 29. Semua ibadah mengikuti Rasulullah, kecuali satu iaitu solawat. Bersolawat ikut Allah. 30. Tanda kerinduan kepada Rasulullah ï·º yang sungguh² dalam diri seseorang, akan menjadi dirinya benar² mengikuti Baginda ï·º dan banyak baca solawat kepada Baginda ï·º. 31. Musibah akan berakhir dgn doa dan sedekah, musibah akan tertolak dengan zikir dan solawat kepada Nabi Muhammad dan juga dengan memperbanyak istighfar. 32. Di khususkan untuk kita memperbanyak baca solawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad ï·º pada Hari Juma'at. (pahala berganda - satu huruf dari solawat adalah pahala haji) - https://youtube.com/shorts/zc_i7h_-oJU

Admin

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama