Selawat Fatih Selawat Hakikat Maarifat

SELAWAT FATIH ADALAH SELAWAT MAKRIFAT DAN HAKIKAT
SELAWAT DRPD AULIYA TIDAK BOLEH DIUBAH ATAU DITAMBAH SESUKA HATI
DIBACA AKANNYA SEPERTIMANA DITERIMA AKANNYA

Sayyidi Asy Syarif Ahmad Alhadi Alhasani menjelaskan bahawa Selawat Fatih adalah selawat makrifat  @ irfaniah iaitu penghulu segala selawat yang terkandung di dalamnya makrifat akan hakikat Zat Diri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dan makrifat akan Hakikat Rasulullah membawa kepada makrifat akan Allah Subhanahu Wa Taala. 

Selawat Fatih juga adalah mahkota Hakikat Muhammadiah manakala selawat2 lain adalah melingkunginya( Mahkota selawat).

Selawat Fatih adalah anugerah terbesar dari hadrat Allah buat umat akhir zaman untuk menampung ahwal ummat yang sudah tenat, penuh dengan kekurangan dan kelemahan seumpama badan manusia yang sudah berumur penuh dengan penyakit dan lemah. Sebab itulah Selawat Fatih mengandungi kelebihan dan keutamaan yang besar di sisi Allah , maka beruntunglah mereka yang dikurniakan dengan selawat ini dan sentiasa beramal dengannya. 

Sebab itulah tidak boleh ada sebarang penambahan kepada selawat ini walaupun ada sesetengah yang menambah وصحبه selepas lafaz واله, sebenarnya ini satu yang disebutkan sebagai kurang adab dengan hadrat kerana menambah sesuatu dari hadrat Allah, dan dinyatakan bahawa lafaz واله sudah merangkumi keseluruhannya sebab semua kewujudan lahir dari hakikat Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ini juga membuktikan bahawa selawat ini adalah selawat makrifat yang datang dari hadrah Allah Yang Maha Agung.


Disini kami sertakan sighah selawat fatih yg diamalkan oleh Sidi Syeikh Ahmad Tijany RA 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩



Via ~ Majlis Syarah Selawat Alfateh 02.02.2022
.

Admin

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama