KELEBIHAN DAN KEUTAMAAN MEMBACA SELAWAT PADA MALAM DAN SIANG HARI JUMAAT
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).
(Hadis Riwayat Abu Daud dengan isnad yang sahih)
“Jika waktu telah memasuki hari Khamis malam, maka para malaikat turun dari langit dengan membawa pena yang terbuat dari emas dan juga lembaran-lembaran yang terbuat dari perak.
Mulai hari Khamis malam itu, hingga terbenamnya matahari di hari Jumaat, para malaikat tersebut tidak menulis apapun diatas lembaran-lembaran yang terbuat dari perak dan bertintakan emas itu kecuali amalan bacaan SELAWAT kita kepada Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.”
(Imam Ja'far As-Sodiq)
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ,🌷 وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ🌷, نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ🌷, وَاْلهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ🌷, وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ.🌷
.
Kata Wali Qutub - Abah Guru Sekumpul :
Selawat pada hari Jumaat itu, dari setiap huruf selawat itu diberi ganjaran pahala haji yang mabrur (yang diterima) dan di bina satu mahligai di dalam syurga.
Allah Allah Allah.
Tags
Jumaat