Keutamaan Majlis Selawat




Keutamaan Majlis Selawat

Sheikhna Yusuf Al-Hasani berkata: “Majlis selawat adalah antara manhaj tarbiah utaman pada jalan kami. Ianya diwarisi daripada para masyaikh terdahulu. Ia adalah kesinambungan daripada bai’ah ketaqwaan. Ia sebagai tanda mahabbah kepada Rasulullah s.a.w..”

Demikianlah kepentingan majlis selawat dalam manhaj tarbiah Sheikhna Yusuf Al-Hasani. Sesiapa yang mengambil bai’ah tarbiah daripada Sheikhna Yusuf Al-Hasani mahupun Sheikhna Rohimuddin Al-Bantani seharusnya hadir bersama dalam majlis zikir, selagimana tidak ada keuzuran.

Majlis zikir dan selawat adalah suatu proses tarbiah untuk melatih kesetiaan dan kejujuran seseorang murid kepada sheikhnya, melatih murid untuk istiqomah dalam amalan, meningkatkan kerohanian seseorang dan menguatkan ukhuwwah sesama ahbab.

Oleh yang demikian, bersama-samalah kita menghadiri majlis selawat dan zikir mingguan, kerana itulah yang sering dipesan oleh para masyaikh kita yang terdahulu. Majlis yang penuh barakah adalah taman dari taman-taman syurga.

Semoga para ahbab dapat terus bersama-sama dalam menghadiri majlis zikir mingguan ini…

Wallahu a’lam…

Khodimul Qaum….


Admin

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama