“Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa alihi wasohbihi wasallim” merupakan bunyi dari selawat kita kepada Nabi Muhammad ï·º. Jika kita membacakan Selawat tersebut tandanya kita sedang memberikan pujian kita kepada Rasulullah ï·º.
Selawat memang baik diucapkan disela-sela kita di waktu senggang atau setalah menjalankan lima waktu. Namun, membaca Selawat ada baiknya jika dilakukan pada hari Juma'at.
Dalam sebuah riwayat Rasulullah ï·º bersabda :
“Perbanyaklah selawat kepadaku pada setiap Juma'at. Kerana Selawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Juma'at. Barang siapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku pada hari Kiamat nanti.” (HR. Baihaqi)
Beberapa keutamaan berselawat pada hari Juma'at yang dikutip dari buku berjudul “Afdhalus Salawat ‘Alaa Sayyidis Syahadat” karangan Syaikh Yusuf bin Ismail An-Nabhan, :
1. Jika berselawat satu kali pada hari Juma'at, maka Allah berselawat untuknya 10 kali. Maksud Allah berselawat kepada Nabi ï·º adalah dengan memberi rahmat-Nya untuk manusia yang berselawat.
2. “Perbanyaklah membacakan solat untukku pada hari dan malam Juma'at. Barangsiapa membacakan Selawat untukku satu kali, maka Allah akan berselawat untuknya 10 kali.”
3. Mengucapkan Selawat pada hari Juma'at juga menjadi lebih utama kerana disaksikan oleh malaikat dan malaikat akan berselawat 10 kali kepada mereka yang membacanya.
Berselawatnya malaikat kepada Nabi ï·º sama halnya dengan memintakan ampunan untuk manusia tersebut. Dari Abdullah bin Amru bin Ash RA bahawasanya ia mendengar Nabi ï·º bersabda,
“Jika kalian mendengar azan oleh mu'azzin, maka ucapkanlah seperti apa yang ia ucapkan, kemudian bacalah Selawat untukku. Sesungguhnya barangsiapa mengucapkan satu kali Selawat kepadaku nescaya Allah mengucapkan Selawat kepadanya sebanyak 10 kali.” (HR. Ahmad)
4. Siapa yang paling banyak berselawat untuk Nabi Muhammad ï·º pada hari Juma'at, maka akan dekat kedudukannya dengan Nabi ï·º di Yaumil Mahsyar kelak.
5. Memperbanyak membaca Selawat pada hari dan malam Juma'at, maka Nabi Muhammad ï·º akan menjadi saksi dan penolongnya pada hari kiamat.
6. Memperbanyak Selawat pada hari Juma'at sebanyak 1,000 kali, maka ia tidak akan mati sebelum melihat syurga sebagai tempat tinggalnya.
7. Barangsiapa membacakan Selawat untukku pada hari Juma'at, maka Selawat itu akan menjadi syafa'at baginya besok di hari kiamat.
8. Siapa yang solat Asar pada hari Juma'at, kemudian sebelum berdiri meninggalkan solatnya membaca “Allaahumma Solli ‘Alaa Muhammad An-Nabiyyil Ummiyyi wa ‘Alaa Alihi wa Sohbihi Wa Sallim Tasliiman Kathiira” sebanyak 80 kali, maka dosa-dosanya selama 80 tahun akan diampuni dan akan dituliskan pahala ibadah selama 80 tahun untuknya.”
9. Pada hari Juma'at Malaikat yang diciptakan dari cahaya akan turun ke bumi, Tangan-tangan mereka memegang pena yang terbuat dari emas dan lembaran-lembaran kertas terbuat dari cahaya. Mereka tidak menulis kecuali Selawat untuk Nabi Muhammad ï·º
Demikian beberapa ulasan mengenai baiknya berselawat di hari Juma'at semoga menjadi manfaat yang baik dalam kehidupan kita.
Tags
Jumaat