SELAWAT FATIH
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمدِ نِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ
بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ
وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ
“Allahumma solli ‘alaa sayyidinaa Muhammadinil faatihi limaa ughliqa, wal khaatimi limaa sabaqa naasiril haqqi bil haqqi walhaadii ilaa siraatikal mustaqiimi, wa 'ala aalihi haqqa qadrihii wamiqdaa rihil ‘adziim.”
Ertinya:
“ Ya Allah limpahkanlah rahmat keatas junjungan kami Nabi Muhammad yang membuka kunci sesuatu yang dikunci dan penyudah bagi Nabi yang terdahulu daripadanya dan yang menolong (membela) kebenaran dengan kebenaran dan memberi petunjuk ke jalan yang benar dan lurus dan kurniakanlah rahmat dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat sahabatnya dengan kurnia yang layak dengan kadarnya dan makamnya yang mulia .”
Ringkasan Sejarah
Selawat al- Fateh adalah berasal daripada al-Qutub Sayyid Muhammad Syamsuddin bin Abul Hasan al-Bakry r.a. yang mendapat ilham kurniaan setelah bermunajat pada Allah SWT selama 18 tahun di Makkah. Selawat ini juga di sebut penghulu segala selawat kerana mengandung rahsia segala selawat dan rahsia zikir dan nama nama Allah yang maha agung.
KEUTAMAAN SELAWAT FATIH
- Menghapus dosa selama 400 tahun
Membaca selawat Fatih sebanyak 100 kali pada malam Jumaat dipercaya dapat menghapus dosa-dosa selama 400 tahun. Fadhilah ini tentu sangat di idamkan setiap umat muslim.
- Memperoleh pahala yang menyamai ibadah para wali
Lagi-lagi, fadhilah selawat Fatih terletak pada jumlah pahalanya yang berlimpah. Membaca selawat Fatih sebanyak 10 kali pada malam Jumaat maka pahalanya setara dengan ibadah para wali selama 1 juta tahun.
- Menetapkan iman
Fadhilah selawat Fatih yakni dapat menetapkan iman seseorang. Menurut beberapa ulama, barang siapa yang membaca selawat Fatih secara rutin maka imannya akan dikuatkan dan menetap hingga akhir ajalnya. Dan ia meninggal dalam kondisi yang baik (husnul khotimah).
- Mempermudah datangnya hidayah
Fadhilah selawat Fatih yang berikutnya yakni mempermudah datangnya hidayah. Menurut beberapa ulama, seseorang yang membaca selawat Fatih selama 40 hari berturut-turut maka ia akan tergerak hatinya untuk melakukan taubat dari segala kemaksiatan.
.
.
Tags
Inspirasi Selawat