Pesan Al Allaamah Al Habeeb Kadzim Al Saggaf
1) Setelah setiap kali solat baca "Astagfirullah Lil Mukminina wal Mukminat", 27 kali.
Barangsiapa yang beramal dengannya akan menjadi orang yang doanya makbul dan kerana mereka, akan turun hujan di muka bumi ini. dan bila kita baca sekali saja "Astagfirullah lil mukminina wal mukminat" memakan waktu 1 atau 2 detik saja, tapi ALLAH akan beri kepada kita puluhan bilion pahala berdasarkan jumlah jumlah orang Islam.
2) Setelah solat fardhu Subuh & Maghrib selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 100 kali. ALLAH akan kabulkan semua hajat kita Dunia & Akhirat, dengan syarat kita istiqamah setiap hari.
3) Sebelum tidur, 20 kali berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, bila bangun dari tidur baca doa bangun tidur (Alhamdulillahil-lazii ahyaanaa ba'da maa amaatanaa wa ilaihin-nusyuur) Dan bersiwak, bila nak solat kita bersiwak. kalau kita tidak ada kayu siwak itu (kayu dari pohon arak), kita dapat bersiwak dengan ujung kain (lengan baju atau kain rida '/ selendang).
Kerana menurut maksud Hadis Nabi SAW: "Bersiwaklah dengan setiap hal yang kasar" (diriwayatkan oleh iman al-Baihaqi dalam kitab sunannya).
Mengatakan para ulama fuqaha 'Syafi'i, "akan dapat pahala siwak itu dengan setiap benda yang kasar". tetapi yang afdhal dengan kayu siwak dari pohon arak itu. dan yang terafdhalnya dari kayu pohon arak, dari akarnya bukan dari dahannya. kalau kita ambil kayu siwak ini, kita bersiwak, setiap solat dikaliganda 70 kali. setiap rakaat dikaliganda 70.
Semoga ALLAH beri kita semua taufiq.
.
Tags
Kalam Murobbi