Fadhilat Surah Al-Qadr




Habib Muhammad bin `Alwi al-`Aydrus @ Habib Sa`ad rahimahullah, adalah salah seorang ulama Hadhramaut daripada baitun nubuwwah. Beliau adalah seorang ulama ahli al-Quran yang mengajar qiraah sab`ah (qiraah tujuh) di Tarim. Ramai murid - murid yang belajar dan menhafal al-Quran dengan beliau, di antaranya yang masyhur adalah ad-Daie Habib `Umar al-Hafiz dan Habib Kadzim. Habib Sa`ad wafat pada tahun 2011 / 1432 di Tarim ketika sedang mentelaah kitab Ihya` Imam al-Ghazali. Diceritakan bahawa ketika membaca kitab tersebut, beliau rebah dan terus menghembuskan nafasnya yang terakhir sedangkan kitab yang berkat itu masih tergenggam erat di tangan beliau. Semoga Allah merahmati beliau sentiasa. Selain mengajar, beliau juga terbilang sebagai ulama yang produktif menghasilkan berbagai tulisan.



Dalam salah - satu karangan beliau yang diberi jodol Kaifa Takuunu Ghaniyan, beliau menulis beberapa kelebihan atau khasiat bagi Surah al-Qadr. Pada halaman 36 beliau menyatakan sebagai berikut:- Surah (al-Qadr), sesiapa yang ada hajat keperluan, lalu membacanya sebelum pergi untuk mendapatkan hajatnya tersebut, dia akan kembali dalam keadaan gembira dengan tertunai hajatnya itu. Sesiapa yang membacanya sekali selepas shalat - shalat fardhu, dijauhkan Allah daripadanya segala kerungsingan dan kesedihan serta diwariskan (yakni dilimpahkan) keberkatan pada rumahnya (yakni ahli keluarganya).


Mudah - mudahan dapat kita jadikan amalan agar diperolehi keberkatannya selain menjadi pedoman dalam melayari bahtera kehidupan menuju negeri yang kekal abadi.


Admin

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama