Sucikan Diri Dari Ulat Nafsu


ULAT NAFSU

"Sucikanlah diri dari ulat ulat nafsu sebelum mengajak orang lain kepada kebaikan, sekiranya tidak kamu akan menambah ulat nafsu kepada orang lain untuk merosakan diri mereka"

- PENJELASAN MUROBBINA




NAFSU PADA AMALAN 

Bahawasanya, telah menerangkan Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala kepada kami pada perkara amalan yang beserta dengan nafsu, bahawa; 

"Jika amalan yang sukar untuk dibuat, namun ianya berserta dgn Gharad, nafsu bersama amalan tersebut, maka ianya akan menjadi mudah. Jika amalan tersebut kecil, namun tidak beserta dengan nafsu dalam amalan tersebut, maka ianya amat sukar bagi diri. Barangsiapa yang memperkemaskan amalan tanpa Gharad, ianya amat berat bagi nafsu kerana tiada bahagian nafsu pada amalan tersebut (sukar bagi nafsu untuk menerima amalan tersebut). Adab dalam amalan ialah mensucikan amalan daripada Gharad dan memperkemaskan amalan daripada tujuan tujuan dan habuan habuan" 

Semoga Allah Ta'ala melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala, dan menempatkan beliau dikalangan kekasih - kekasihNya yang mulia dan terpuji, yakni disisi Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ , Sheikh Ahmad At Tijani ra. dan Sayidi Ahsan Al Baqili ra. 

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمدٍ ۞ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ۞ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ۩


Admin

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama